Agenda perjumpaan Penolong Pengarah (Menengah) dengan AJK Tertinggi JAPTIM 2009/2011 adalah seperti berikut:
1. Ucapan daripada PPM
PPM bekas Pengerusi JAPTIM 2007/2008 mengucapakan tahniah kepada semua ahli baru atas lantikan mereka. Harapan supaya ahli-ahli dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap rancangan Japtim pada tahun ini dan seterusnya. PPM mengingatkan setiap rancangan JAPTIM hendaklah bermanfaat dan menyokong organisasi lain terutama sekali dengan tertubuhnya kumpulan kluster sekolah-sekolah.
PPM mencadangkan JAPTIM mengadakan aktiviti seperti Out-of-Bound di Temburong atau bekerjasama dalam memikirkan mengenai perlaksanaan Applied Program bagi tahun 2010.
2. Penyerahan Fail JAPTIM oleh PPM kepada Pengerusi JAPTIM 2009/2011
Penyerahan fail dilaksanakan oleh PPM kepada Pengerusi baru.
3. Ucapan daripada Pengerusi JAPTIM 2009/2011
Tahniah kepada semua ahli kerana diberi kepercayaan dan keyakinan untuk menjadi AJKT JAPTIM 2009/2011. Pengerusi menjelaskan terpulang kepada komiti baru untuk membincangkan dan mempersetujui mengenai tarikh JAPTIM baru bermula. Lazimnya tarikh JAPTIM bermula pada bulan Januari bukan Jun.
Mesyuarat AJKT JAPTIM ke 2 akan meneliti peranan JAPTIM iaitu seperti wawasan JAPTIM. Mengikut pendapat Pengerusi peranan Japtim mungkin sudah mencukupi atau adakah perlu ditambah. Mengenai aktiviti-aktiviti sebelumnya seperti aktiviti sosial, sukan dan rekreasi mungkin boleh berfokus kepada aktiviti kluster sekolah-sekolah terutama sekali untuk memberi pendedahan kepada timbalan pengetua/pemangku pengetua mengenai leadership skills & quality.
Memikirkan bersama bagaimana JAPTIM boleh bekerjasama dengan kluster sekolah-sekolah tentang aktiviti atau program yang boleh membantu mempertingkatkan pencapaian akademik sekolah.
Memikirkan bersama bagaimana JAPTIM boleh bekerjasama dengan Unit SPN21 mengenai perlaksanaaan Applied Program untuk 2010 terutama tentang subjek-subjek yang akan ditawarkan disekolah-sekolah.
Bagaimana JAPTIM boleh membantu didalam perkembangan tingkatan enam atau pra U.
Menukar nama bagi Bahagian Perkembangan Guru kepada Bahagian Perkembangan Professional.
Menambah satu ahli bagi mengisi jawatan Penolong Ketua Publisiti. Awg Gilbert Chong telah dilantik bagi mewakili Daerah Tutong.
4. Lantikan Jawatan Ahli-Ahli Baru
5. Merangka Perancangan Aktiviti/Program JAPTIM 2009/2011
Ketua-ketua bahagian telah bersetuju untuk mencadangkan sekurang-kurangnya tiga ke lima aktiviti untuk dimasukkan kedalam soalan kaji-selidik yang akan diedarkan kepada semua ahli JAPTIM. Tarikh menghantar cadangan-cadangan seboleh-bolehnya melalui email Setiausaha JAPTIM (dksarimah_123@yahoo.com) iaitu sebelum 13 Julai 2009. AJKT JAPTIM akan membuat analisis soalan kajiselidik tersebut untuk dimaklumkan kepada semua ahli mengenai undian terbanyak bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh AJKT JAPTIM, insyallah.
Pengerusi juga mencadangkan ada baiknya AJKT JAPTIM menyediakan milestone bagi perancangan-perancangan yang telah menjadi pilihan ramai ahli-ahli JAPTIM yang diketahui memberi manfaat dan memenuhi keperluan JAPTIM.
6. Hal-Hal Lian
Pengerusi mencadangkan mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang telah diamalkan oleh JAPTIM sebelumnya. Walaubagaimanapun mesyuarat boleh diadakan jika ada keperluan.
Tempat mesyuarat akan ditentukan oleh AJKT JAPTIM mengikut kekosongan tempat seperti di tingkat 10, bangunan JSS atau di sekolah-sekolah.
Ketua dan Penolong Bendahari disarankan untuk bekerjasama dengan Ketua Udit bagi penyemakan dan mengemaskinikan kewangan JAPTIM.
Bayaran ‘fees’ bagi tahun 2009 akan ditentukan kemudian setelah perbincangan dibuat dengan AJKT kewangan sebelumnya.
Hjh Mariam menyarankan agar satu mesyuarat dibuat bagi semua ahli JAPTIM dan diteruskan dengan kutipan ‘fees’ ahli dan seterusnya membincangkan perancangan/aktiviti yang telah dipilih awal melalui soalan kajiselidik.
Antara cadangan AJKT JAPTIM ialah mengadakan sukanria atau bowling yang berobjektif untuk ‘ice-breaking’ dan mengeratkan silaturrahim antara ahli.
JAPTIM dilibatkan didalam majlis-majlis atau acara-acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan jika difikirkan perlu dan bersesuaian.
Persediaan-persediaan bagi Majlis Dialog bersama YB Pehin Menteri yang kedua dicadangkan bagi JAPTIM memainkan peranan dengan kerjasama Kluster sekolah-sekolah. Pengerusi mensyorkan agar pihak bahagian menengah dan rendah akan dapat bekerjasama dan mengambil ‘positive side’ untuk menyelaraskan bentuk atau format yang akan disampaikan oleh kedua-dua bahagian.
Perkembangan Professional dicadangkan untuk mengadakan kongsisama daripada lawatan-lawatan ahli ke luar negeri.
Bahagian Lawatan diperlukan untuk menyediakan kertas-kerja dan cadangan lawatan ke negeri berdekatan seperti Sabah atau Labuan.
Newsletter JAPTIM dicadangkan untuk diteruskan dibuat penerbitannya.
No comments:
Post a Comment