Courtesy of Pelita BruneiJAPTIM Sambut Hari Raya Aidilfitri
BERAKAS, Jumaat, 16 Oktober. - Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan saja diraikan bagi memeriahkan hari-hari kebesaran Islam, malahan juga dapat mengukuhkan perpaduan sesama umat Islam.
TIMBALAN Setiausaha Tetap ( Perkhidmatan Korporat) Kementerian Pendidikan, Dyg Hajah Norjum Haji Md Yusop semasa menyampaikan cenderahati kepada salah seorang bekas Pengetua Sekolah di majlis tersebut.Ke arah itu, Ahli Jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Kerajaan (JAPTIM) seluruh negara petang tadi telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya bertempat di Restoran Vanda, Hotel Orchid Garden Kampung Anggerek Desa.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat), Kementerian Pendidikan ialah Dayang Hajah Norjum binti Haji Md. Yusop.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada bekas pengetua-pengetua dan timbalan-timbalan pengetua yang sudah bersara dan bertukar ke jabatan lain.
Acara sambutan diserikan dengan persembahan Kluster Sekolah-sekolah dan persembahan daripada Jawatankuasa Tertinggi JAPTIM.
Majlis Sambutan Hari Raya ini antaranya bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pengetua-pengetua dan timbalan-timbalan pengetua dalam suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitiri.
(Berita dan Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah - Jurugambar Tingkat 1)
No comments:
Post a Comment