Turut hadir disesi mesyuarat kedua ialah Pmk. Pengarah Sekolah-Sekolah, Ak. Abdullah bin Pg. Haji Tengah (Pengarah Perkembangan Kurikulum).
Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan persediaan sesi dialog bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang dijangka akan diadakan pada 17 April 2010.
Pengetua-Pengetua dari Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Kerajaan adalah diarahkan untuk menghantar 'Best Practices' sekolah masing-masing kepada Ketua Kluster masing-masing.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 01 April 2010, jam 8:30 pagi bertempat di Maktab SOAS. Semua pengetua adalah dijemput hadiri.