JAPTIM 2013 - 2015

Pemacu Kearah Kepimpinan Berkualiti
Drivers for Quality Leadership

Thursday, 18 March 2010

18-03-2010: Mesyuarat Membincangkan Majlis Dialog Bersama YB Menteri Pendidikan

Mesyuarat diadakan di Tingkat 10, Blok 2J, Jabatan Sekolah-Sekolah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pmk Penolong Pengarah Menengah, Awang Cheong Huat Joo. Hadir dimesyuarat tersebut terdiri dari Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Sekolah-Sekolah dan Pengetua dan Timbalan Pengetua dari JAPTIM.

Turut hadir disesi mesyuarat kedua ialah Pmk. Pengarah Sekolah-Sekolah, Ak. Abdullah bin Pg. Haji Tengah (Pengarah Perkembangan Kurikulum).

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan persediaan sesi dialog bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang dijangka akan diadakan pada 17 April 2010.

Pengetua-Pengetua dari Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Kerajaan adalah diarahkan untuk menghantar 'Best Practices' sekolah masing-masing kepada Ketua Kluster masing-masing.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 01 April 2010, jam 8:30 pagi bertempat di Maktab SOAS. Semua pengetua adalah dijemput hadiri.