JAPTIM 2013 - 2015

Pemacu Kearah Kepimpinan Berkualiti
Drivers for Quality Leadership

Saturday, 31 October 2009

Perlawanan Bolasepak Persahabatan: JAPTIM vs JASPER - 31/10/2009

JAPTIM TUMPASKAN JAPSER

Pasukan Bolasepak JAPTIM buat kali pertamanya berjaya menumpaskan Pasukan Bolasepak JAPSER (Jawatankuasa Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah) di perlawanan bolasepak persahabatan dengan jaringan 4 - 1. Perlawanan diadakan di Padang Sekolah Menengah Rimba, Gadong.

JAPTIM mendahului 1-0 hasil jaring cantik oleh Cikgu Aliuddin. Walaubagaimanapun Pasukan JAPSER berjaya menyamakan kedudukan. Diseparuh masa pertama kedudukan terikat dengan jaringan satu sama. Dibabak kedua menyaksikan pasukan JAPTIM berjaya menambah 3 gol yang dijaringkan oleh Cikgu Aliuddin, Cikgu Haji Ismail dan Cikgu Abdullah.

Tuesday, 27 October 2009

Mesyuarat AJKT JAPTIM Kali Ketiga - 27 Oktober 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi JAPTIM Kali Ke 3 diadakan pada hari Selasa, 27 Oktober 2009 bertempat di Maktab SOAS.

Agenda utama perbincangan ialah mengenai dengan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada bulan November 2009. Diantaranya ialah Pekembangan Guru iaitu sesi kongsi sama mengenai E-Learning yang akan diadakan di PTE Katok pada 18 Nov 2009. Disamping itu Kejohanan Bowling bagi kluster sekolah-sekolah juga dirancang yang akan dijalankan pada hari Khamis, 19 Nov 2009.

Mesyuarat juga membincangkan mengenai dengan lawatan keluar negeri dan aktiviti pada tahun 2010.

.







Sunday, 25 October 2009

Keratan Akbar Media Permata: Ahli Jawatankuasa JAPTIM anjur Ramah Mesra Aidil Fitri - 16 Oktober 2009

Courtest of Media Permata

Ahli Jawatankuasa JAPTIM anjur Ramah Mesra Aidil Fitri
Oleh Mohammad Abdullah







Bagi mengeratkan jalinan silaturahim dan keharmonian di kalangan ahli jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah & Maktab-Maktab Kerajaan Negara Brunei Darussalam (JAPTIM) terutama sekali ahli jawatankuasa JAPTIM yang baru terdiri daripada timbalan pengetua yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan, Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidlifitri telah diadakan.

Pengerusi JAPTIM Pengiran Haji Zahari Pengiran Haji Ahmad dalam ucapan alu-aluannya di majlis yang berlangsung di Orchid Garden Hotel mengatakan penambahan pemimpin sekolah melalui pelantikan timbalan pengetua yang baru adalah bagi membantu para pengetua menjalankan jentera pentadbiran dan kepimpinan sekolah dengan lebih berkesan dan efektif adalah merupakan hasrat yang pernah disuarakan oleh pengetua-pengetua kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau menjelaskan bahawa ahli jawatan kuasa JAPTIM tidak bergerak atau mencorak langkah ke hadapan secara bersendirian memperkembang majukan kualiti pendidikan tetapi dalam masa yang sama bekerjasama dengan para kelompok sekolah untuk mendukung dan memberi khidmat bantu kepada Kementerian Pendidikan khususnya bahagian menengah dalam menangani cabaran dan isu-isu pendidikan semasa seperti perlaksanaan sistem pendidikan Negara abad 21 (SPN21).

Beliau menerangkan bahawa peranan ahli jawatankuasa JAPTIM yang baru mengambil alih tugas dan tanggung jawab pada bulan Jun tahun ini telah terus mengikuti arus perubahan masa dan suasana alam pendidikan masa kini, yang mana amalan-amalan terbaik sekolah dipilih secara teliti dan rapi bagi menambah lagi nilai, kualiti dan berdaya tahan dipraktikkan di sekolah-sekolah.

Beliau mengatakan bahawa peranan ahli jawatan kuasa JAPTIM sebelum ini hanya tertumpu kepada hal-hal yang bersangkut paut dengan memperkasa pemimpin sekolah di peringkat negara tetapi ruang lingkup peranan JAPTIM bertambah dan terbuka luas dengan keterlibatan sama dalam forum Pengetua Sekolah Asia Tenggara yang mana para pemimpin sekolah berpeluang berinteraksi dan berbincang dengan rakan pendidikan di rantau ASEAN.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bagi ahli-ahli JAPTIM tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderamata pada 18 bekas ahli-ahli JAPTIM yang terdahulu, yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Hajah Norjum Haji Md Yusop.

Keratan Akbar Pelita Brunei: JAPTIM Sambut Hari Raya Aidilfitri - 16 Oktober 2009

Courtesy of Pelita Brunei

JAPTIM Sambut Hari Raya Aidilfitri

BERAKAS, Jumaat, 16 Oktober. - Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan saja diraikan bagi memeriahkan hari-hari kebesaran Islam, malahan juga dapat mengukuhkan perpaduan sesama umat Islam.
TIMBALAN Setiausaha Tetap ( Perkhidmatan Korporat) Kementerian Pendidikan, Dyg Hajah Norjum Haji Md Yusop semasa menyampaikan cenderahati kepada salah seorang bekas Pengetua Sekolah di majlis tersebut.
Ke arah itu, Ahli Jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Kerajaan (JAPTIM) seluruh negara petang tadi telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya bertempat di Restoran Vanda, Hotel Orchid Garden Kampung Anggerek Desa.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat), Kementerian Pendidikan ialah Dayang Hajah Norjum binti Haji Md. Yusop.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada bekas pengetua-pengetua dan timbalan-timbalan pengetua yang sudah bersara dan bertukar ke jabatan lain.

Acara sambutan diserikan dengan persembahan Kluster Sekolah-sekolah dan persembahan daripada Jawatankuasa Tertinggi JAPTIM.

Majlis Sambutan Hari Raya ini antaranya bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pengetua-pengetua dan timbalan-timbalan pengetua dalam suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitiri.

(Berita dan Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah - Jurugambar Tingkat 1)

Keratan Akbar Borneo Bulletin: JAPTIM Celebrates Raya - 16 October 2009

Courtesy of Borneo Bulletin

JAPTIM celebrates Raya
By Mastoris
Presentation of souvenirs.

A section of attendees during the event. - PHOTOS: MASTORIS

Principal and deputy principals for government secondary schools and colleges (JAPTIM) yesterday held a Hari Raya celebration at Orchid Garden Hotel in Kampong Anggerek Desa.
The guest of honour was Dayang Hajah Norjum binti Haji Md Yusop, Deputy Permanent Secretary (Corporate Services) at the Ministry of Education.

The event also saw souvenir presentations to former principals and former deputy principals who have retired or have been transferred to different departments.

To further enliven the ceremony, Kluster Sekolah-Sekolah and senior committee members of JAPTIM performed a variety of musical and dance acts.

Friday, 16 October 2009

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDIL FITRI & AKHIR TAHUN 1430H / 2009M

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDIL FITRI & AKHIR TAHUN 2009 - Jumaat, 16 Oktober 2009, Hotel Orchid Garden. Tetamu Kehormat: Yang Mulia, Puan Hajah Norjum bin Haji Yusop, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat), Kementerian Pendidikan.